This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, August 29, 2012

[Video] Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas Mati

[Video] Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas Mati

Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?
Kalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar.
Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.
Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.
Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.
Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?
Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad.
Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.
Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.
Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup.
Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.
Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup.
Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup.
Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.
Pelik bukan? – Informasi Dot My





Kekayaan David Beckham

Kekayaan David Beckham
KACAK dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.
Menurut laporan, dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta.
Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M.
“Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk. Malah untuk tahun ini, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur,” ujar seorang sumber kepada The Sun. – Kosmo

Friday, August 24, 2012

Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak!

Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak!
KUALA LUMPUR : Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.
Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.
Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.
Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.
“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” kata NK.
Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.
Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.
Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.
Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.
“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya. – MyNewsHub

Temuduga Untuk Jadi Calon Isteri Lelaki Kaya

Temuduga Untuk Jadi Calon Isteri Lelaki Kaya
BEIJING : Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.
Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. – AFP

Friday, August 3, 2012

Bala Ponteng Kelas, Bahu Ditembusi Pagar Sekolah


Bala Ponteng Kelas, Bahu Ditembusi Pagar Sekolah
BEIJING : Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.
De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.
Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.
Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.
Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.
Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.
Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. – DM

Ular Tedung Selar Disangka Tali


Ular Tedung Selar Disangka Tali
MUAR : “Saya sangka tali, tetapi berasa pelik apabila objek ini bergerak-gerak dan setelah diamati rupanya seekor ular tedung selar,” kata Mohd Ghani Mahat, 26. Mohd Ghani yang merupakan pemandu jentera pengorek Kobe, menjumpai ular tedung selar sepanjang enam meter itu ketika membersihkan sebuah parit untuk kerja-kerja pemasangan batu sangkar di Jalan Kangkar Senangar, Pagoh, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, dia menyedari kemunculan ular tersebut semasa mengangkat pengorek jentera itu untuk membuang lalang yang dibersihkan.
“Tiba-tiba saya nampak objek bergerak-gerak dan baru sedar terdapat seekor ular tedung selar terperangkap bersama lalang pada pengorek jentera ini. “Empat rakan lain yang menyaksikan kejadian turut terkejut, lalu mengarahkan saya supaya segera menurunkan pengorek dan tindih haiwan ini dengan pengorek bagi mengelaknya menjadi agresif,” katanya.
Katanya, mujur dia bertindak pantas, jika tidak, pasti reptilia tersebut boleh mengancam nyawa mereka. “Memang terkejut lihat reptilia ini kerana saiznya agak besar dan panjang, lebih-lebih lagi apabila ia cuba mengembangkan kepalanya,” katanya yang pertama kali melihat ular tedung selar bersaiz seperti itu sejak lebih setahun menjadi pemandu jentera pengorek.
Mohd Ghani berkata, salah seorang rakannya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Muar untuk menangkap ular tersebut.
Sementara itu Ketua Operasi JPA Muar, Izzuddin Ali berkata, operasi menangkap ular tedung selar itu membabitkan lima anggotanya termasuk beliau sendiri.
“Kami terpaksa ambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular berkenaan yang berada di bawah pengorek. “Walaupun ular ditindih dengan pengorek, tapi kami tetap ambil langkah berjaga-jaga kerana reptilia ini sangat merbahaya,” katanya.
Izzuddin berkata, kami bersyukur operasi berjalan dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan ular itu akhirnya dapat ditangkap.
Katanya lagi, reptilia tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). – Sinar Harian

Robert Pattinson: Mengapa Dia Curang Pada Saya?


Robert Pattinson: Mengapa Dia Curang Pada Saya?
LOS ANGELES : Kisah curang Kristen Stewart dengan kekasihnya Robert Pattison masih lagi hangat diperkatakan ramai khususnya bagi penggemar Twilight yang nyata amat menyukai gandingan mereka di dalam filem berkonsep thriller vampire itu.
Biarpun Kristen Stewart sudah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kecurangannya itu, namun ia nyata tidak berhasil untuk memulih semula keadaan apatah lagi hubungannya bersama Robert Pattinson.
Malah, aktor British itu dilaporkan sudah keluar dari rumah mereka selepas mendapat tahu tentang kecurangan buah hatinya itu bersama pengarah yang berstatus suami orang.
Memetik laporan majalah People, Robert Pattinson, 26, yang begitu marah dan kecewa dengan apa yang berlaku telah mengemaskan segala bagasinya dan berpindah daripada rumah yang dikongsinya selama ini bersama Kristin Stewart, 22. Dia juga tidak mahu berhubungan lagi dengan Kristen yang sudah menjadi kekasihnya itu selama 3 tahun.
Tidak faham mengapa dengan sifat segelintir manusia yang gemar curang, Robert Pattinson memberitahu, dia tidak pasti sampai bila dia mampu pulih daripada kekecewaanya itu.
Apapun, kisah kecurangan Kristin Stewart dengan pengarah Rupert Sanders yang mengarahkan filem terbaru lakonannya, Snow White and the Huntsman semakin didedahkan di dalam majalah tersebut.
Ianya termasuklah beberapa siri foto yang diambil pada 17 Julai lalu yang mengandungi gambar Kristin Stewart dan Rupert Sanders sedang bercumbuan di dalam kereta Mini Cooper milik aktres tersebut.
Kristin Stewart khabarnya telah meninggalkan seketika rumah 3 bilik yang didiaminya bersama Pattinson sejak 2011 untuk berjumpa dengan Sanders. Sewaktu pertemuan dengan Sanders itu berlakum dia telah mengenaka jersey L.A. Dodgers berwarna biru berserta topi milik Pattinson.
Selepas puas bertemu, Stewart kemudian menghantar pengarah yang tinggal tiga blok tidak jauh daripada rumahnya itu untuk pulang yang dikongsinya bersama isterinya yang juga model, Liberty Ross bersama 2 anak mereka. Stewart kemudian pulang semula ke rumahnya bersama Pattinson.
Sebaik saja majalah People muncul di newsstands, Stewart kemudian mengakui bahawa dia telah mencurangi Pattinson serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya mohon maaf kerana telah melakukan perkara yang memalukan ini serta melukakan mereka yang cukup rapat dengan saya serta mereka yang turut terlibat. Apa yang berlaku ini telah banyak menjejaskan apa yang cukup dan benar-benar penting dalam hidup saya iaitu seseorang yang sangat saya hormati serta cintai, Rob. Saya mencintai dia. Saya mencintai dia. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya.
Sanders pula memberitahu People: “Saya sedih dengan kepedihan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga saya. Isteri saya yang cantik, anak-anaka saya dan semua yang saya ada di dunia ini. Saya benar-benar sayangkan mereka. Saya berdoa agar kami semua akan dapat melalui perkara ini bersama,” katanya.
Sewaktu diwawancara majalah You tidak lama dulu, Liberty Ross ada menyebut tentang kesukaran yang terpaksa dia dan Sanders lalui selepas berpindah ke Los Angeles untuk memudahkan Sanders meluncurkan kerjayanya sebagai pengarah di Hollywood.
“Saya tidak pernah mahu mengatakan bahawa saya selalu membesarkan anak-anak saya secara bersendirian. Tapi, itulah yang selalu saya rasakan. Tapi, keadaan sudah berubah sekarang. Saya rasa gembira. Nampaknya kami sudah mampu melalui segala kesukaran tersebut.
Apapun, ipar Rupert, Leopold Ross mendedahkan, kecurangan yang dilakukan Kristen terhadap Rupert sudah pun berbulan-bulan lamanya.
“Kecurangan mereka itu jual tecetus pada pertengahan shooting Snow White and the Huntsman hampir berakhir hinggalah hinggalah membawa kepada pasca produksi pada minggu lalu,” Leopold.
Kini, Robert Pattinson dikatakan mahu bertemu dengan Rupert Sanders untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di antara dia dengan Kristen Stewart kerana dia percaya Stewart tidak akan bercakap benar dengannya. – Murai

Tuesday, July 31, 2012

Kerja Gila Seorang Lelaki Potong Payu Dara Isteri!


Kerja Gila Seorang Lelaki Potong Payu Dara Isteri!
SEOUL : Seorang lelaki ditahan kerana bertindak memotong dan menelan puting payu dara isterinya selepas wanita berkenaan menuntut cerai, kata polis semalam:Akhbar Korean Times melaporkan warga Korea berketurunan Cina itu menelan sebahagian puting payu dara sebelah kiri isterinya selepas memotongnya menggunakan pisau ketika bergelut dengannya di rumah mereka di Andong, wilayah Gyeongsang utara.
Menurut polis Andong, lelaki berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan mabuk ketika bergaduh dengan isterinya yang juga warga Korea Utara yang berpaling tadah, awal pagi Khamis.
Mangsa meminta untuk berpisah dengan suaminya dan menuduh suaminya hanya bekerja sambilan serta mempunyai tabiat suka minum arak, sebelum menyerangnya.
Lelaki berkenaan melakukan jenayah terbabit selepas menolak isterinya di atas lantai.Wanita terbabit kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Aduss Seramnya diorang ni bergaduh sampai macam ni. – Giler Kentang!

Syed Adney Enggan Komen Soal Cinta Siti Saleha


Syed Adney Enggan Komen Soal Cinta Siti Saleha
KUALA LUMPUR : Menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik Siti Saleha, penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney,26, bertegas tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.
Bagaimanapun, Adney memberitahu isu berkenaan adalah kisah lamanya bersama Siti Saleha.
“Saya minta maaf. Saya tidak mahu komen tentang gosip itu. Kisah ini sudah lama habis. Saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Apapun, saya menafikan dakwaan tersebut.
“Sebelum ini pun, saya hanya berkawan saja dengan dia dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta seperti yang telah digembar-gemburkan.
“Saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ianya adalah cerita privasi saya. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Saya hanya orang biasa,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Dalam pada itu, Adney yang sebelum ini sering menjadi pilihan untuk menjadi penghias kulit majalah turut menafikan dirinya kini merajuk dengan media tempatan.
“Tiada apa-apa berlaku kepada diri saya dengan media. Mungkin mereka tidak memanggil saya untuk sebarang sesi fotografi kerana saya menetap di Sabah.
“Sebelum ini saya ada terbaca mengenai nama saya yang tersenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia. Saya tiada apa nak komen.
“Saya hanya berterima kasih dan terima saja pandangan orang terhadap saya,” ujarnya.
Menyentuh mengenai perkahwinan, adik kepada pelakon Sharifah Sofea ini masih belum terfikir lagi untuk menamatkan zaman bujang.
“Saya tidak tahu lagi bila mahu kahwin. Biar Tuhan saja yang menentukannya. Apa yang saya tahu, saya kini kena lebih fokus memandangkan pasukan saya berada dalam keadaan tidak berapa baik.
“Saya akan buat yang terbaik. Insya-Allah, tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan keluarga saya berada di sana,” jelasnya. – Murai

Syaleza Mati Akibat Leher Dijerut


Syaleza Mati Akibat Leher Dijerut
SHAH ALAM : Polis semalam mengesahkan keputusan bedah siasat mendapati Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar menemui ajal dengan cara lehernya dijerut hingga mengakibatkan mangsa kekurangan oksigen sebelum mati lemas. Sehubungan itu, polis telah menahan suami wanita itu, Norazman Ba- shah, 31, selepas selesai upacara pengebumian jenazah Syaleza, 31, di kampungnya di Felda Redong 1, Labis, Segamat, Johor pada pukul 10.15 malam kelmarin bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai bunuh itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu. “Selain suaminya, kita juga telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. – Kosmo

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More