KUALA LUMPUR : Selepas menafikan cerita yang
tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita,
Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.
Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang
bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.
Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.
Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander
dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.
“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang
kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di
internet, saya lega,” kata NK.
Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.
Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.
Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.
Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana
perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan
membesarkan anaknya.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan
antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi
perkara yang lepas.
“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara
tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya
berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan
susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment