Saturday, July 7, 2012

Dia Cuma Kawan Biasa – Luna Maya

Dia Cuma Kawan Biasa   Luna Maya
JAKARTA : Nama Luna Maya memang sentiasa dikaitkan dengan Ariel dari kumpulan Peterpan.
Namun, sekarang terdapat pula khabar angin yang mengatakan Luna rapat dengan seorang pengusaha kafe.
Berita itu muncul dari Internet di mana terdapat gambar bintang filem “Janda Kembang” itu dengan seorang lelaki.
Dalam gambar itu, kelihatan Luna bergambar bersama beberapa orang dan seorang daripada lelaki di dalam gambar itu mengenakan kemeja putih, berdiri di sebelah artis cantik itu, dikatakan kekasih baru Luna.
Luna membantah berita itu. Dia hanya ketawa ketika disoal mengenai hubungannya dengan lelaki itu.
“Itu kawan saya. Gambar itu diambil selepas menonton perlawanan bola (Piala Eropah). Saya juga tidak faham mengapa ada berita begitu,” katanya.
Luna berkata, dia hanya ketawa apabila mendengar berita yang dia rapat dengan seorang lelaki.
“Kelakar sungguh. Kasihan kawan saya dan pagi-pagi lagi dia sudah menelefon saya. Dia hanya kawan saya saja,” katanya.
Buat masa sekarang, Luna sedang sibuk dengan penggambaran siri drama televisyen yang ditayangkan di stesen televisyen swasta di Indonesia.
Katanya, sekarang dia hanya memberi tumpuan penuh pada kerjayanya. – Detikhot

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More