RABAT, Maghribi : Tiga ulama konservatif paling
terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan
yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan
dijatuhi hukuman mati.
Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath
Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang
aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks
sebelum perkahwinan.
Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.
Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika
emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka
sama suka. – Agensi
0 comments:
Post a Comment