Thursday, July 26, 2012

PIALA JAVA 2012 – SIAPA LAWAN MALAYSIA?


Piala Java 2012 (Indonesia Java Cup 2012) – Teka-Teki Siapa Lawan Malaysia? | Siapa yang akan menentang Malaysia (Harimau Muda) dalam perlawanan pertama Kejohanan Jemputan Piala Java – Java Cup 2012 di Jakarta, Indonesia yang bakal membuka tirainya esok? Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar) memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima seba-rang makluman rasmi berhubung pemindaan jadual daripada penganjur.
Menurut beliau, ia mungkin hanya diketahui sebaik selesai mesyuarat pengurusan antara kesemua pasukan pukul 6 petang ini (7 petang waktu Malaysia). Beliau dikehendaki menghadiri mesyuarat itu petang esok (hari ini), mungkin selepas itu baru akan tahu siapa lawan Harimau Muda esok.
Masalah ini berlaku dikatakan kerana kelab Turki, Galatasaray dikatakan menarik diri daripada kejohanan tersebut pada saat-saat akhir. Kelab dari Uruguay juga dikatakan gagal hadir sebagaimana yang diperkatakan. Selain Galatasaray, turut menyertai kejohanan Java Cup yang diadakan secara kalah mati itu ialah skuad kebangsaan Indonesia dan kelab England, Everton. Indonesia dijangkakan akan menurunkan pasukan senior mereka untuk mengisi kekosongan berkenaan.
Skuad Harimau Muda yang turut mendapat sentuhan lapan ‘pemain import’ iaitu tiga pemain Perak (Shahrulnizam Mustapha, Michal Kubala dan Hisyammudin Shaari), dua pemain Selangor (Amri Yahyah dan Ramez Dayoub), Mohd. Azrif Nasrulhaq (PKNS), Christie Jaya Seelan (ATM) dan Shukor Adan (Negeri Sembilan). Mengikut jadual asal, Harimau Muda bakal berdepan Galatasaray, Jumaat ini, manakala Indonesia pula berdepan Everton malam esok. Pemenang kedua-dua perlawanan itu bakal membuat perhitungan di pentas final pada Ahad ini.
Info Terkini : Everton tarik diri dari Java Cup!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More