Monday, July 23, 2012

Lelaki Misteri Muncul Di Setiap Siaran Berita


Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berasal dari Bermondsey di selatan London dan pernah berkhidmat sebagai pengiring keselamatan Kementerian Pertahanan tampil dengan berpakaian baju sejuk tanpa kolar berwarna cerah.
Sebuah laman web fidgetwith.com menyenaraikan kemunculan Yarrow di beberapa lokasi berbeza termasuk ketika siaran langsung mengenai protes kapal bantuan kemanusiaan Gaza di sini pada 31 Mei lalu melalui stesen Perbadanan Penyiaran British.
Pada 16 Julai lalu, Yarrow kelihatan berdiri dan memandang ke arah kamera dan memegang sebuah telefon bimbit seperti sedang berbual di sini. – Melayukini
Lelaki Misteri Muncul Di Setiap Siaran Berita
Lelaki Misteri Muncul Di Setiap Siaran Berita
Lelaki Misteri Muncul Di Setiap Siaran Berita
Lelaki Misteri Muncul Di Setiap Siaran Berita
Lelaki Misteri Muncul Di Setiap Siaran Berita

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More