Sunday, July 15, 2012

Sabah rembat Ibu segala emas sukma Pahang 2012


da



Sabah Boleh Bah






Tahniah Sabah atas kemenangan meraih Emas dalam acara Bolasepak sempena sukan Malaysia ke 15 yang dipertandingkan malam kelmarin. Gambar Bolasepak Final KLIK DISINI

Dalam sukan Malaysia ini walaupun pingat emas terbanyak diraih oleh mana mana negeri namun tumpuan adalah terarah kepada bolasepak yang mana siapa yang menang Emas pada acara bolasepak maka yang menjadi juara pada Sukan Malaysia ini adalah pasukan yang menang emas dalam acara Bolasepak itu.

Apa sekalipun hari ini adalah hari terakhir kejohanan Sukan Malaysia ke 15 yang berlangsung di negeri Pahang Darul Makmur. Tumpuan pingat pingat emas hari ini masih lagi terbuka dan pastinya kontijen yang paling gembira adalah Terengganu yang merangkul Emas terbanyak setakat ini iaitu dengan 62 kutipan pingat dan juga Sabah yang meraih Emas dalam acara Bolasepak.


Tahniah buat pasukan bolasepak Sabah semoga dengan kemenangan ini memberikan Sabah satu iktizam untuk terus membangunkan bolasepak negeri dibawah bayu itu untuk masa yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More