Wednesday, July 18, 2012

“Seluruh Badan Terasa Panas, Bisa Ular Bergerak Pantas Sebelum Merebak Ke Jantung Serta Anak Tekak”


Seluruh Badan Terasa Panas, Bisa Ular Bergerak Pantas Sebelum Merebak Ke Jantung Serta Anak Tekak
KUALA TERENGGANU : “Seluruh badan terasa panas dan saya dapat rasakan bisa ular itu bergerak pantas sebelum merebak ke jantung serta anak tekak,” kata Azizah Sidek, 43, yang nyaris maut dipatuk ular senduk dalam kejadian di rumahnya di Kampung Lubuk Periuk, Kuala Berang, Khamis lalu.
Azizah yang ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam, berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, dia bersama anaknya, Mohd Fazlizan Mohd Rozila, 16, turun ke dapur untuk memasak nasi dan sup ayam untuk makan tengah hari.
Hasratnya itu tidak kesampaian apabila seekor ular senduk sepanjang satu meter berwarna hitam yang bersembunyi di sebalik tong beras keluar dan membelit kaki kanan Azizah selepas dia terpijak ekor reptilia terbabit.
Ibu lima anak itu berkata, dia panik selepas anaknya menjerit memberitahu ada ular membelit kakinya.
“Pada mulanya saya menyangka haiwan yang membelit kaki adalah kucing kerana banyak kucing jiran berkeliaran di kawasan rumah. – Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More