Wednesday, July 11, 2012

[Video] Cara Unik Rai Jaringan Gol


[Video] Cara Unik Rai Jaringan Gol
Jika anda peminat sukan terutama bola sepak pastinya gemar melihat gelagat mereka meraikan gol serta detik-detik kemenangan.
Pelbagai cara ditunjukkan oleh setiap pemain bola sepak bagi meraikan kemenangan mereka.
Lain pula yang ditunjukkan oleh Stjarnan FC dari Iceland.
Mungkin ada dikalangan anda yang pernah menonton video lucu ini.
Video yang menunjukkan kompilasi Stjarnan FC meraikan kemenangan mereka menjaringkan gol di beberapa perlawanan bola sepak.
Yang mencuit hati penulis apabila pasukan Stjarnan FC menyambut kemenangan mereka setelah menjaringkan gol dengan beraksi pelik dan lucu.
Antara aksi-aksi mereka lakukan seperti manusia sedang berbasikal, menyelam, menggunakan tandas dan pelbagai lagi.
Mungkin aksi sebegitu mampu ‘memerli’ pihak lawan dan pada masa sama mencuit hati peminat.
Apa-apa pun selamat menonton dan berhibur melihat aksi mencuit hati mereka. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More