Wednesday, July 18, 2012

Rozita Che Wan Punca Asraruddin Makin Bergaya?


Rozita Che Wan Punca Asraruddin Makin Bergaya?
KUALA LUMPUR : Murai Batu selalu dengar orang cakap, bila seorang lelaki itu semakin berusia, dia akan nampak semakin bergaya. Malah, Murai Batu turut mendengar, seorang lelaki bujang yang dulunya kurang kacak akan kelihatan lebih tampan apabila sudah berumah tangga.
Pendek kata, lelaki semakin pandai menyerlahkan ketampanan bila ada wanita yang mengambil berat terhadap diri mereka. Betul ke?
Ha….Tau tak kenapa Murai Batu menyentuh pasal topik ni? Nilah yang Murai Batu nak cerita ni. Ianya pasal si pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar, 24,atau Asra.
Khabarnya, Asra sekarang ni dah pandai bergaya, mengalahkan artis. Perubahannya itu dikatakan ada kena mengena dengan pelakon seksi, Rozita Che Wan. Khabarnya, Rozita atau Che Ta amat prihatin dengan Asra dan selalu ambil berat tentang pemain bola sepak tersebut.
Patutlah Asra sekarang sekarang ini semakin kacak dan semakin bergaya apabila berada di luar padang.
Tentang hubungan Rozita Che Wan yang dikatakan semakin rapat dengan Asra pula, Murai Batu tak mahulah komen lebih-lebih. Terpulanglah kat mereka. Namun, Murai Batu ada terdengar pengakuan Rozita yang mengatakan mereka berkawan dan selalu menghubungi menerusi telefon.
Kalau benarlah cerita itu, Murai Batu kagumlah dengan Che Ta sebab berjaya merubah personaliti pemain bola sepak tempatan kepada lelaki yang pandai menjaga penampilan.
Namun, terfikir jugalah, apa yang membuatkan Asra mengikut nasihat Rozita? Adakah mereka benar-benar sekadar kawan saja atau lebih daripada itu?
Silalah jawab wahai Che Ta…Murai Batu pun ada dengar Rozita sedang menanti lelaki yang akan digosipkan bersamanya selepas ini. – Murai

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More