Wednesday, July 4, 2012

FAM Mahu Kumpul Bukti Sahih


FAM Mahu Kumpul Bukti Sahih
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menurunkan beberapa pemain melebihi usia 22 tahun ketika menentang Harimau Muda pada perlawanan terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon kelmarin.
Bagaimanapun, FAM terlebih dahulu mahu mengumpul bukti- bukti sahih sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.
Justeru, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau akan mendengar laporan daripada pengurus Harimau Muda, Datuk Afandi Hamzah dan jurulatih, Ong Kim Swee dalam masa terdekat.
Menurut Azzuddin, pihaknya mahu meneliti dakwaan yang mengatakan Myanmar tidak mematuhi peraturan pertandingan yang telah ditetapkan AFC.
“Saya ada menerima makluman mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Jadi, FAM akan meng- adakan pertemuan dengan Afandi dan Kim Swee terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
“Buat masa ini, FAM sudah bersedia untuk melakukan prosedur seperti mana yang ditetapkan AFC sebelum mengemukan sebarang bantahan rasmi,” kata Azzuddin kepada Kosmo! semalam.
Tinjauan Kosmo! dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) iaitu www.fifa.com dan kelab Yangong United (www.ygnutd.com) mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun pada kempen kelayakan tersebut.
Penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Harimau Muda kelmarin iaitu Kaung Si Thu berusia 25 tahun, kapten, Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).
Dalam perkembangan sama, Kim Swee memberitahu, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan FAM berhubung isu tersebut.
“Pertama, kami perlu mempunyai bukti-bukti yang kukuh yang mana tidak ada gunanya jika sekadar bercakap tetapi tiada bukti yang sah.
“Kami perlu menghantar bantahan dalam tempoh 48 jam. Kami tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana Myanmar akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2013.
“Jika mereka terlepas kali ini, tidak mustahil mereka akan melakukan perkara yang sama pada tahun hadapan,” ujarnya. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More