BEIJING : Sejumlah wanita muda di China yang bergaya
dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang
dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian
mereka.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang
menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan
Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan
dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam
sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang
sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan
dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai
ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan
sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu
duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang
mereka mahu daripada seorang lelaki.
Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu
menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka
dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. – AFP
0 comments:
Post a Comment