re : Maklumat Dot My » Berita Terkini » Aksi Ibu Lemaskan Anak Dirakam Kamera Hospital
Aksi Ibu Lemaskan Anak Dirakam Kamera Hospital
May 8th, 2012 08:40 PM | by Syira | Berita Terkini.
Minnesota : Seorang ibu yang mendakwa bayinya yang
berusia lima bulan mengalami kesukaran bernafas akhirnya `tertangkap’
selepas aksinya yang cuba melemaskan bayi berkenaan berjaya dirakamkan
di dalam kamera cctv yang dipasang di bilik hospital.
Ketika membawa bayi perempuan berkenaan ke Hospital Kanak-kanak di St
Paul, Katie Lewis, 24, memaklumkan kepada doktor bahawa anaknya itu
tidak sedarkan diri dan mukanya bertukar biru selain mengalami kesukaran
bernafas.
Selepas melakukan beberapa ujian, doktor gagal mengesan sebarang bukti yang menunjukkan bayi itu mengalami masalah pernafasan.
Susulan itu, bayi itu dibenarkan keluar namun Lewis terus mendesak pihak hospital melakukan pemeriksaan.
Sangsi dengan tindakannya itu, pihak hospital telah memasang kamera
yang disembunyikan dan sistem audio bagi memantau bayi tersebut dalam
tempoh 24 jam.
Namun tanpa disangka, mereka melihat Lewis memicit hidung bayinya dan memegang tangannya bagi menghalang pengaliran oksifen.
Selepas 45 saat bayi itu meronta-ronta, jururawat terus menyerbu bilik berkenaan.
Namun Lewis memaklumkan bahawa degupan jantung anaknya semakin rendah dan mukanya bertukar biru.
Polis kemudiannya dipanggil ke hospital dan selepas menyoal siasat
wanita itu, Lewis memaklumkan dia ingin melakukan sesuatu bagi
membolehkan jururawat di situ membantu anaknya.
Dia yang mengaku mengalami tekanan, turut memberitahu polis, dia
telah beberapa kali menghentikan pernafasan anaknya itu pada bulan
Februari lalu.
Dengan pengetahuan yang dimilikinya dalam CPR, dia mengetahui
cara-cara menghentikan pengaliran oksigen kepada bayi itu. – My News Hub
Posted in:
0 comments:
Post a Comment