KUALA LUMPUR : Gerak hati seorang ibu yang ingin
melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur
kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua
beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai
suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat
sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu
terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang
masih bersekolah berani bertindak sedemikian.
Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas
memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak
gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah
bilik.Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman
lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta
merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad
melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu
Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis
Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan
menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian
kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.“Kes itu
diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di
bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka
dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi
pertuduhan,” katanya. – myinfo101.com
1 comments:
Terima kasih en Pemberita..
Post a Comment