Peminat filem tempatan mesti dah atau nak tengok filem Mael Lambong.
Tarikan utama filem ini sudah tentunya sebab lakonan Zizan dengan watak
yang sebelum ini dibawanya dalam Maharaja Lawak Mega. Mael Lambong yang
mencari makan sebagai penarik kereta profesional amat cemerlang dalam
melakukan tugasnya. Di awal cerita, penonton diperkenalkan dengan
kehebatan Mael Lambong menarik pelbagai jenis kereta. Lori pun tidak
terkecuali.
Cerita mula berkembang apabila watak Maria lakonan Juliana Evans
muncul. Bermulalah perjalanan Mael Lambong bersama Maria ke satu
destinasi. Daripada situ diceritakan juga kenapa muka Mael Lambong
berparut. Jalan cerita keseluruhannya menarik dan tidak membosankan.
Sebagai seorang penonton yang boleh masuk dengan lawak Zizan, cerita
ini memang kelakar untuk dilayan. Sehinggakan nama Ustaz Azhar Idrus pun
ada disebut. Dari awal sampai habis, banyak juga sindiran yang
diselitkan. Antaranya berkisar tentang isu hentam-menghentam di laman
sosial dan blog. Kira bagus la tu…
Apa yang tak bagus sebab filem Mael Lambong yang ditayangkan untuk
tontonan umum (U) mempunyai aksi yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak
kecil. Anak besar pun tak sesuai buat aksi yang ditunjukkan tu rasanya.
Bila perlakuan tak senonoh dijadikan bahan lawak, memang mudah untuk
buat orang ketawa tapi macam tak patut pula gunakan cara tu untuk filem
tempatan. Banyak lagi bahan lawak yang boleh buat orang ketawa kot.
Walaupun bukan scene gusti di atas katil, penonton mungkin ramai yang
sensitif bila melihat scene sebegitu. Scene di mana Maria dan Mael
Lambong berlawan untuk membuktikan dia (Maria) adalah seorang perisik.
Tak tahulah apa pendapat yang lain bila tengok scene ini. Bagi babak ini
memang agak terlampau. – Informasi Dot My
0 comments:
Post a Comment