NEW DELHI, India : Seekor gajah mati manakala seekor
lagi cedera selepas dilanggar sebuah trak dekat jejambat Mahamaya di
sempadan daerah Noida-Delhi di sini pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan
semalam.
Menurut polis, kedua-dua gajah itu dalam perjalanan pulang bersama
beberapa penjaganya selepas haiwan tersebut dipamerkan pada satu majlis
perkahwinan dekat sini.
Saksi-saksi berkata, pemandu trak itu memandu laju sehingga melanggar belakang dua haiwan tersebut.
Beberapa penjaga haiwan itu turut cedera dan dihantar ke hospital untuk dirawat.
Pemandu trak yang melarikan diri dari tempat kejadian kini diburu polis.
Sebuah kren kemudian digunakan untuk mengalihkan bangkai gajah itu. – Agensi
0 comments:
Post a Comment