SEDIM : Penemuan objek menyerupai wajah manusia
bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3
meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, disini jam 2.30 petang
menjadi tanda tanya.
Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan
wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu
bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.
Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung
Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau
lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan
kekebalan.
Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.
“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.
Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada
waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika
keluar mencari makan.
“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan
dalam hutan. Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya
ditempat lain.
“Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan
menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.”
katanya.
Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin
secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki
keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.
“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.
“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh
mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,” katanya.
Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan
tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk
jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.
“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran
dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah
dirungkaikan.
“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia
dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.”
katanya. – Edisikini
0 comments:
Post a Comment