Tiga suspek telah ditangkap oleh polis Brazil kerana disyaki kanibal
yang telah membunuh dan menjamah tubuh sekurang-kurangnya dua orang
wanita yang mereka mungkin telah jadikan inti pastri Brazil berbentuk
karipap iaitu empanada,
Makanan ini turut dijual kepada jiran-jiran suspek.Mereka telah
dikenalpasti sebagai Jorge Beltrao Negromonte dan ElizabethPires da
Silveira, kedua-duanya berusia 51, dan Bruna da Silva. Polis mendakwa
mereka berniat untuk membunuh tiga wanita setiap tahun.
Polis bertindak selepas dua mayat ditemui di halaman rumah
ketiga-tiga mereka.Polis percaya bahawa itu adalah mayat Alexandra
Falcao, 20 dan Gisele da Silva, 30, kedua-duanya hilang baru-baru ini.
Suspek telah menarik perhatian mangsa dengan menawarkan mereka
pekerjaan menjaga anak dengan gaji yang lumayan sebelum menjadikan
mereka mangsa apabila konon-kononnya ada semangat yang memberi amaran
kepada suspek bahawa kedua-dua mangsa adalah orang yang jahat.Suspek
juga mengatakan bahawa mereka “membantu” membersihkan dunia daripada
manusia yang tidak baik.
“Butir-butir tindakan ketiga-tiga mereka, dengan lukisan dan
penjelasan mengenai kanibalisme telah dijumpai di dalam buku 50 halaman
yang ditulis oleh Da Silveira, suspek yang merupakan pemegang diploma
dalam bidang pendidikan dan tali pinggang hitam dalam karate,”Kata Encik
Honorato, jurucakap polis tempatan.
“Ketiga-tiga suspek juga memakan daging mangsa dengan tujuan untuk membersihkan jiwa mereka sendiri.” – Malaysia Sensasi Dot Net
0 comments:
Post a Comment